Coaching adalah merupakan satu proses interaktif di antara coach bersama coachee dengan tujuan untuk menyelesaikan isu prestasi, selain sebagai satu usaha membangunkan dan meningkatkan kebolehan coachee berkenaan. Coaching sekarang ini, telah mula bertapak di Malaysia. Tinggal lagi, rakyat Malaysia masih lagi belum begitu mesra dengan istilah coaching yang sebenar, apatah lagi penggunaan servis coaching ini.
Terkadang, ada personel yang mengakui melaksanakan sesi coaching tanpa mereka mengetahui yang sebenarnya mereka melaksanakan sesi ‘training’. Untuk mengetahui perbezaan yang nyata antara keduanya, kita mestilah berguru dengan guru yang murshid (Master Coach) yang sangat berpengalaman. Antara Master Coach yang terkenal di Malaysia adalah Master Coach Dr Shaker dan Master Coach Mohd Rizal.
Soalan Berkuasa
Coach yang baik adalah coach yang menyatakan kepada coachee menggunakan soalan berkuasa, bahawa sentiasa ada peluang di hadapan walau apa pun rintangan yang berlaku. Coach akan sentiasa berada dalam posisi positif dan mereka sentiasa bersedia untuk mengenali diri coachee, seterusnya berusaha membuka minda coachee bagi mencapai matlamat yang diinginkan.
Coach akan mengutarakan ‘POWER QUESTION’ /’soalan berkuasa’ bagi membolehkan coachee mengenalpasti pilihan terbaik dalam mencapai objektif yang diinginkan. Coach bertauliah tahu apa itu ‘POWER QUESTION’ kerana hal itu merupakan elemen wajib untuk menjadi seorang coach bertauliah yang beretika dan bertanggungjawab.
Anda nak servis ‘personal coaching’, ya? Pastikan ianya servis yang diberi oleh coach bertauliah lagi beretika, kerana kepuasan coachee dan penyelesaian isu coachee adalah matlamat utama setiap coach.
DO AND IMPROVE!
Satu perkongsian hebat daripada Coach Jamil…semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua…
Sesi coaching bersama Coach Jamil Wahab sebenarnya sangat membantu dalam menyelesaikan beberapa isu dalam hidup saya terutama dalam dunia latihan motivasi yang saya ceburi. Alhamdulillah sekarang ada perubahan yang sangat positif.
terima kasih Syawal Hafifi 🙂
semoga anda terus sukses 🙂